AM
Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan
elektrik yang mula- mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya
diagih-agihkan ke bahagian-bahagian lain beban atau bangunan. Ia juga merupakan
pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan. Di dalam PSU inilah terdapatnya
perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh
dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang
mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini.
Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan
membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada
sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya
motor-motor elektrik. Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA
pada 415V untuk selama 1 saat (BS 5486).
JENIS
Umumnya ada tiga jenis PSU yang biasa digunakan iaitu:
a. Jenis melekat di dinding (wall mounted)
b. Jenis pedestal (floor mounted / wall mounted, front access)
c. Jenis Cubicle (floor mounted front / rear access)
Jenis melekat di dinding biasanya untuk pemasangan kecil, sehingga 100
ampiar. Jenis pedestal untuk pemasangan sederhana manakala jenis cubicle untuk
pemasangan besar. Namun begitu berat sesebuah PSU akan juga menentukan jenis
yang sesuai digunakan (wall mounted atau floor mounted). Tahap perlindungan PSU lazimnya ialah IP42.
PAPAN SUIS KECIL
Papan suis kecil (PSK/SSB) adalah papan suis yang mendapat bekalan
utamanya dari PSU. Perkataan kecil adalah relatif sebab ada PSK yang saiznya
lebih besar dari PSU ditempat lain. Kecil disini bermakna lebih kecil dari PSU.
PSK digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan
terasing dari PSU. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan
kerja-kerja kawalan dan senggaraan.
BINAAN
PSU terdiri dari binaan rangka utama yang akan menyokong berat segala
peralatan yang terdapat di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G
berbentuk U-section channel. Rangka yang baik adalah dari jenis
berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm supaya tidak
mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular dimana ia
boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambong sahaja
rangka tambahan.
Dibahagian luar sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam dengan tebal
tidak kurang dari 2mm. Palang bas pembumian dengan keratan rentas yang
mencukupi hendaklah dipasang dibahagian bawah sebelah dalam PSU meliputi
keseluruhan panjang PSU tersebut.
KELAS
Terdapat 3 kelas PSU
a- Tiada
kompartmen (Form 1) – tiada pengasingan (dinding pemisah) diantara bahagian-
bahagian dalam PSU
b- Sebahagian berkompartmen (Form 2a) – Palang bas
dipisahkan daripada yang lainnya menggunakan sleeving, (Form 2b) menggunakan
enclosure/barrier.
c- Sepenuhnya
berkompartmen (Form 3) – semua pemutus litar diasingkan diantara satu sama lain
tetapi tidak terminal kabelnya.
d- Sepenuhnya
berkompartmen (Form 4) – semua pemutus litar dan terminal kabel diasingkan
diantara satu sama lain.
Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian,
tahap keselamatan dan harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan
mahal ialah setiap kompartmen dalam PSU diasingkan dengan dinding logam supaya
apabila berlaku percikan api bahagian lain tidak terlibat. Selain mahal ianya
juga berat.
Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja kompartmen
terutama bahagian yang menempatkan pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah
selalunya berkemungkinan besar berlaku percikan api elektrik. Jenis yang paling mudah dan murah
ialah tiada langsung pemisahan diantara kompartmen di dalam PSU tersebut.
LOKASI PSU
PSU hendaklah ditempatkan di kawasan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
a- Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel
b- Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air
c- Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah dijalankan.
d- Ditempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci
KEPERLUAN BILIK SUIS
a- Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik
b- Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya serangga tidak dapat masuk
c- Ruang kosong berukuran minima 2.5 kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan
d- Mempunyai saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel
e- Bilik suis hendaklah dilengkapan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti CO2
f- Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis
g- Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU
PEKAKAS SUIS DALAM PSU
Palang bas (basbar)
a- Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel
b- Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air
c- Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah dijalankan.
d- Ditempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci
KEPERLUAN BILIK SUIS
a- Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik
b- Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya serangga tidak dapat masuk
c- Ruang kosong berukuran minima 2.5 kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan
d- Mempunyai saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel
e- Bilik suis hendaklah dilengkapan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti CO2
f- Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis
g- Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU
PEKAKAS SUIS DALAM PSU
Palang bas (basbar)
Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari
campuran tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan
elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya
digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta
mudah melaksanakan kerja pemasangan.
Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan ada
juga yang mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai ketumpatan
arus tidak melebihi 1.5A/mm persegi. Keupayaan membawa arus palang bas adalah
bergantung kepada saiznya, bahan yang digunakan iaitu tembaga atau tembaga
campuran. Sila rujuk jadual. Palang bas hendaklah diasingkan dari
bahagian-bahagian logam PSU menggunakan non- hygroscopic insulators untuk
menahan tekanan mekanikal apabila berlaku kerosakan ditahap maksima.
ACB
Pemutus litar udara ialah sebuah pemutus litar yang bertindak memutus
dan menyambungkan litar dengan sesentuh utamanya berada didalam udara biasa,
tidak didalam medium pemutus jenis lain seperti minyak, hampagas atau SF6.
Ianya hendaklah jenis metalclad flush mounted.
Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau
menyambungkan bekalan atau disebut juga sebagai pengasing sahaja. Namun begitu
apabila ianya dilengkapkan dengan komponen perlindungan seperti alatubah arus,
geganti dan shunt trip coil, ianya dapat memberi perlindungan yang diperlukan
secara otomatik. Perlindungan yang diperlukan ialah arus lebih, beban lebih dan
rosak ke bumi.
Pemutus litar yang biasa digunakan ialah Pemutus Litar Udara (ACB),
tetapi pada masa ini Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker / MCCB)
semangkin banyak digunakan. Penggunaan samada ACB atau MCCB bergantung kepada
kadaran arus sesuatu pemasangan elektrik. Untuk pemasangan yang melebihi 400A
selalunya ACB digunakan walaupun MCCB ada juga digunakan.
ACB ditentukan didalam B.S 4752 dimana voltan
nominalnya tidak melebihi 660V AC dengan ulangan 50Hz atau 60Hz. Kadaran
arusnya tidak melebihi 8000A dan kapasiti pemutusan litar pintas berkadar tidak
melebihi 200KA. Minimum rupturing capacity ialah 31MVA pada 415V.
Saiz ACB terkecil yang terdapat dipasaran pada masa ini ialah 600A.
Dengan penatahan (setting) kepada alat perlindungan dan bersesuaian dengan
kadaran arus pemasangan ianya boleh ditatah kepada kadaran arus kurang daripada
600A, contohnya 200A, 400A dan sebagainya. Saiz ACB yang besar pula ada yang
mencapai 6300A.
Dalam kes-kes tertentu terdapat lebih dari satu ACB di dalam sesebuah
PSU samada mempunyai kadaran arus yang sama atau dengan kadaran yang berlainan.
Dengan itu rangka PSU mestilah mempunyai kekuatan mekanikal yang mencukupi
untuk menampung berat komponen-komponen tersebut.
Nilai arus kerosakan (fault level) ACB ialah 45KA untuk 3 saat. Ini
bermakna dengan arus sebanyak 45KA ACB ini boleh bertindak dengan selamat tanpa
ianya mengalami kerosakan.
Kegunaan lain ACB selain dari sebagai pengasing dan pemutus litar ialah
sebagai bus tie atau bus coupler atau sesentuh tukar alih, tetapi hendaklah
dari jenis empat kutub.
ACB boleh dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh dibawa
keluar (not withdrawable) kecuali dengan membuka sekeru atau boleh dibawa
keluar untuk tujuan senggaraan dan ujian (drawout type). ACB hendaklah diuji
dan diperakui mengikut standard ASTA atau KEMA.
ISTILAH-ISTILAH KADARAN
a- Kadaran
Arus Thermal (rated thermal current)
Had arus dimana pemutus litar boleh membawanya secara berterusan tanpa
kenaikan suhu yang melebihi nilai tertentu pada suatu keadaan tertentu.
b- Kadaran Keupayaan Tutup-Balik Litar Pintas (rated
short circuit making capacity)
Ini adalah had arus dimana sebuah
pemutus litar berupaya menyambung atau menutup balik pada keadaan tertentu.
c- Kadaran Keupayaan Putus Litar Pintas (rated short
circuit breaking capacity)
Ini adalah had arus dimana sebuah
pemutus litar berupaya memutuskan litar pada tahap kerosakan tertentu dengan
selamat dan tanpa ianya mengalami kerosakan. Kadarannya adalah dalam kiloampiar
(KA).
d- Kadaran Arus Menahan Pada Masa-Pendek (rated
short-time withstand current)
Ini adalah arus yang boleh dibawa oleh sebuah pemutus litar dalam masa 1 saat tanpa sebarang keadaan luar biasa pada keadaan yang tertentu
BAHAGAIN-BAHAGIAN ACB
a- Sesentuh Tetap dan Sesentuh Bergerak
Ini adalah arus yang boleh dibawa oleh sebuah pemutus litar dalam masa 1 saat tanpa sebarang keadaan luar biasa pada keadaan yang tertentu
BAHAGAIN-BAHAGIAN ACB
a- Sesentuh Tetap dan Sesentuh Bergerak
Kebanyakan ACB mempunyai tiga kutub walaupun ada yang mempunyai empat
kutub. Oleh itu terdapat tiga sesentuh tetap dan tiga sesentuh bergerak. Bila
dalam keadaan ON sesentuh tetap dan sesentuh bergerak akan tertutup dan bila
dalam keadaan OFF atau terpelantik (trip) ianya akan terbuka.
Semua sesentuh diperbuat dari bahan logam yang kuat dari segi mekanikal
dan keupayaan membawa arus menutup (making current), arus membuka (breaking
current) dan arus litar pintas (short circuit current). Contoh logam yang
digunakan ialah silver alloy.
b- Sesentuh Arka (Arcing Contact)
Sesentuh arka adalah sesentuh tambahan yang gunanya ialah untuk
membenarkan arka berlaku di sini dan tidak disesentuh utama. Dengan ini
sesentuh utama tidak dibebankan dengan arka setiap kali ACB di ON dan OFF kan.
Oleh itu sesentuh utama akan tahan lebih lama.
c- Mekanisma Penyimpan Tenaga (Spring)
Setiap ACB mempunyai mekanisma penyimpan tenaga iaitu spring. Spring
yang berada didalam keadaan tegang (tension) adalah menyimpan tenaga untuk
menolak dengan pantas sesentuh bergerak untuk tertutup dengan sesentuh tetap.
Aksi ini serupalah dengan spring yang terdapat pada perangkap tikus yang akan
mengetap tikus dengan pantas apabila galangnya terlepas.
Spring ini boleh di charge menggunakan handle atau charging lever yang
disediakan atau menggunakan motor elektrik (automatic charging) yang boleh
dipasang didalam mana-mana ACB. Namun tidak semua ACB mempunyai kemudahan
automatic charging.
d- Bahagian Pengalir (conductor)
Biasanya bahagian yang mengalirkan
arus ialah pengalir utama litar, pengalir mudah lentur, sesentuh utama dan sesentuh
arka. Penebat berkesan yang diperbuat dari bahan penebat seperti glass
polyester atau kepingan fibre diletakkan diantara fasa atau kutub.
e- Gelong Shunt Trip (Shunt Trip Coil)
Gelong shunt trip ialah sebuah gelung yang dipasang didalam ACB untuk tujuan
pelantikan secara otomatik. Apabila diberikan bekalan yang sesuai dengan
gelong, ia akan bertenaga dan menarik plunger dan seterusnya menyebabkan ACB
terpelantik. Gelong ini biasanya berkadaran 240V AC tetapi untuk pemutus litar
tertentu ada juga yang kerkadaran 110V AC ataupun 30V DC. Bekalan ini selalunya
diterima dari satu punca (palang bas atau bateri) melalui fius, geganti atau
butang tekan.
Satu suis tambahan mestilah digunakan untuk membuka litar ke gelong tadi
supaya ianya tidak terbakar jika bekalan tidak diputuskan untuk jangka masa
yang lama.
f- Gelong Voltan Kurang (Under Voltage Coil)
Gelong ini akan menyebabkan ACB terpelantik apabila voltan bekalan jatuh
kepada suatu nilai tertentu. Jika tiada bekalan ACB tidak boleh di ON kan.
g- Perangkap arka (Arc chute) ialah sebuah kekotak yang diletakkan
di atas sesentuh utama dan sesentuh tambahan yang tujuannya ialah untuk menyerap
percikan dan asap dari arka yang terjadi supaya ia tidak merebak ke
bahagian-bahagian lain.
i- Charging Handle
Satu handle untuk charge spring supaya menyimpan tenaga samada untuk ON atau OFF ACB
j- Butang Buka (OFF button) dan butang tutup (ON button), butang tekan
k- Penunjuk Open-Close
Satu penunjuk samada ACB itu buka (open) atau tutup (close)
l- Penunjuk Charging
Penunjuk samada spring dalam keadaan charge atau discharge
m- Penunjuk Kedudukan (Position Indicator)
Menunjukkan kedudukan ACB samada
CONNECTED, TEST atau DISCONNECTED.
n- Penutup Palang Bas / Interlock Shutter
Penutup ini akan menutup palang bas
apabila ACB dikeluarkan.
o- Pendawaian Elektrik dan Penyambungan
Pendawaian yang penting ialah pendawaian diantara geganti ke gelong
shunt trip, yang lain ialah pendawaian untuk gelong tanpa voltan dan untuk
sesentuh tambahan. Oleh sebab ACB boleh dibawa keluar maka penyambungan
pendawaian ini perlulah melalui satu penyambungan yang sesuai seperti sliding
contact.
p- Closing Spring
Kemudahan untuk kunci atau padlock. Untuk
mengunci ACB supaya tidak diganggu oleh orang yang tidak berkenaan.
q- Sesentuh Tambahan
Untuk litar amaran dan petunjuk (indicator)
UNDER CONSTRUCTION!
Best Baccarat, Blackjack, Roulette & Card Game Online - WORRI
ReplyDeleteBaccarat, Blackjack, 바카라 Roulette and Card Game kadangpintar Online - WORRI PLAY. Baccarat, Blackjack, Poker & Card Game Online - WORRI PLAY. septcasino Baccarat, Blackjack,